Friday, 28 August 2015

PIRAMID MAKANAN

Pemakanan seimbang adalah penting kepada manusia demi memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Piramid makanan merupakan satu panduan kepada kita untuk merancang kadar pengambilan makanan dan sukatan-sukatan nutrien setiap hari. Piramid makanan terdiri daripada empat aras. Makanan yang di bahagian paling bawah perlu diambil dalam kadar yang paling banyak, manakan yang berada di bahagian paling atas pula harus diambil dalam kadar paling rendah.

Antaranya aras pertama merupakan kumpulan makanan yang kaya dengan kandungan karbohidrat. Kumpulan makanan ini dikehendaki diambil dalam kadar yang paling banyak. Contoh makanan aras pertama ini ialah nasi, roti, biskut dan ubi.

Aras kedua pula terdiri daripada kumpulan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah diambil dalam kadar yang banyak. 

Aras ketiga pula merupakan sumber protein. Daging, ayam, kekacang dan telur mengandungi vitamin B dan zat besi yang tinggi. Hasil tenusu seperti keju dan susu pula mengandungi kalsium, vitamin D dan protein. Oleh itu, makanan aras ketiga ini harus diambil dalam kadar sederhana. 

Aras keempat harus diambil dalam kadar yang paling rendah. Makanan tersebut mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan tidak berkhasiat untuk tubuh kita. Contohnya coklat, minyak dan gula.

Video di bawah menunjukkan pemakanan seimbang:
https://www.youtube.com/watch?v=qvU2MZbCa3o


Rajah di bawah menunjukkan contoh piramid makanan:


RUJUKAN:

No comments:

Post a Comment